Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bang Oyen Sertai Perarakan di Alor Setar

By 2 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad/Facebook APM Negeri Kedah

ALOR SETAR, 2 Sep (MalaysiaAktif) – Seekor kucing berwarna oren yang diberi nama Bang Oyen turut menyertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Kedah dalam perarakan Sempena Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Kedah, kelmarin.

Bang Oyen sebelum acara perarakan.

Kucing berumur empat tahun seberat enam kilogram milik salah seorang anggota iaitu Khairunisa Najwa Abdul Aziz itu telah memberikan ‘kerjasama’ yang baik sepanjang perarakan sekali gus mendapat sorakan gemuruh pengunjung.

Kontinjen APM Negeri Kedah diketuai oleh Lt. (PA) Md Saifudin Saad.

APM turut mempamerkan aset-aset yang digunakan untuk tugas-tugas penyelamatan, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda penduduk awam ketika bencana.

Acara di Dataran Medan Bandar Alor Setar, itu disempurnakan Sultan Kedah Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

-RI

Tinggalkan komen anda