Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kontinjen Berkuda Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Daerah Pendang

By 6 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 6 Sep (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Daerah Pendang menarik perhatian orang ramai apabila diserikan dengan perarakan kontinjen berkuda yang dibawakan khas oleh Al-Haddad Stable Academy.

Pegawai Daerah Pendang, Nasrun Dato’ Mohd Sheriff dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa, sambutan Hari Kebangsaan wajar diraikan bagi menyemai semangat patriotisme, khususnya dalam kalangan generasi muda agar tidak melupakan perjuangan tokoh kemerdekaan negara.

Krew Malaysia Aktif mengambil peluang bergambar bersama kuda yang dibawakan oleh Al-Haddad Stable Academy.

“Penting untuk kita mengekalkan kebebasan yang diperjuangkan agar negara terus berada dalam keadaan aman dan makmur,” katanya.

Sambutan yang diadakan di Perkarangan Mini Stadium, Majlis Daerah Pendang hari ini dipenuhi pelbagai aktiviti menarik seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, persembahan pancaragam, persembahan silat, konvoi serta perarakan pelbagai agensi.

Selain menampilkan aksi berkuda, akademi tersebut turut memperkenalkan aktiviti kelab menunggang kuda serta kelas memanah yang ditawarkan kepada orang ramai.

Penyertaan sebanyak 28 agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan suasana sambutan pada kali ini.

-RI

Tinggalkan komen anda