Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kembara Merdeka Jalur Gemilang Pulau Pangkor 2025 Santuni Pelajar dan Persatuan Teksi

By 6 September 2025September 8th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Andi Abdul Rohim/Nurul Habibah Hassan (Manjung)

LUMUT, 6 Sep (MalaysiaAktif) – Program tahunan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Pulau Pangkor 2025 sekali lagi mendapat sambutan meriah daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pelancaran konvoi anjuran Pejabat Penerangan Daerah Manjung disempurnakan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (Pangkor) Mohd Rafiq Mohd yang melibatkan kenderaan jabatan kerajaan, motosikal serta penyertaan komuniti setempat bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkor.

Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Pulau Pangkor 2025.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian, Mohd Rafiq menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah amanah kebangsaan yang perlu dijaga sebagai simbol kedaulatan negara.

Katanya, rakyat terutama generasi muda perlu menuntut ilmu, berdisiplin, menghormati guru serta berakhlak mulia bagi memastikan Malaysia terus makmur dan bersatu.

“Tema sambutan tahun ini ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, mengingatkan kita bahawa setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang wajar dirai dan disantuni dengan kasih sayang.

“Sebagai rakyat yang disantuni, kita juga perlu belajar menyantuni orang lain dengan menghormati ibu bapa, menjaga adab sesama rakan, membantu jiran tetangga serta menghargai sesama manusia,” katanya, di sini kelmarin,.

Konvoi Kembara Merdeka kali ini melalui beberapa lokasi utama termasuk Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor yang melibatkan guru, pelajar dan anak-anak tabika KEMAS Pangkor serta Jeti Pangkor bersama Persatuan Teksi Pink Pulau Pangkor, sebelum berakhir di Arena Sungai Pinang.

Majlis Penutup Kembara Merdeka Jalur Gemilang Pulau Pangkor 2025 dan Program JIWA@Komuniti MADANI Pulau Pangkor di Arena Sungai Pinang.

Pelbagai aktiviti turut diadakan di lokasi persinggahan seperti Lafaz Ikrar Rukun Negara, Nyanyian Lagu Jalur Gemilang, Penyerahan Jalur Gemilang dan Pertandingan Mewarna bersama Pusat Anak Permata Negara Pulau Pangkor.

Menurut Pengerusi Persatuan Teksi Pink Pulau Pangkor Muhammad Ependi Ramlli, pihaknya berbangga dan mengucapkan terima kasih dapat bersama-sama Pejabat Penerangan Manjung menjayakan program ini setiap tahun.

Beliau menyifatkan konvoi ini penting untuk menyemarakkan semangat patriotik di Pulau Pangkor yang kedudukannya terpisah dari tanah besar Manjung.

Majlis penutup berlangsung di Arena Sungai Pinang dengan Program JIWA@Komuniti MADANI Pulau Pangkor Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

-RI

Tinggalkan komen anda