
Laporan/foto: Zurina Saad/Mohd (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 7 Sep (MalaysiaAktif) – Umat Islam diseru untuk sentiasa mencontohi dan mengamalkan akhlak mulia Rasulullah SAW.

Pegawai Daerah Kuala Muda ketika menyampaikan ucapan.
Menurut Pegawai Daerah Kuala Muda Azmin Zainol Abidin, pentingnya umat Islam meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
“Perpaduan yang ditunjukkan hari ini adalah cerminan kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW serta semangat ukhuwah sesama umat Islam. Semoga sambutan ini menjadi titik tolak ke arah masyarakat yang lebih berakhlak, berilmu dan beramal soleh,” ujarnya.
Azmin berkata demikian di Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kuala Muda di Masjid Sultan Muzaffar Shah, di sini semalam.

Azmin bergambar bersama ketua-ketua jabatan dan peserta persembahan.
Sambutan yang berlangsung dengan penuh meriah berjaya menghimpunkan lebih 1,000 umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat
Acara dimulakan dengan perarakan seawal pukul 8 pagi oleh lebih 35 kontinjen yang mewakili pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah serta masyarakat setempat yang berjalan sejauh tiga kilometer sambil mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan silat dan pentomin.
-RI





