Skip to main content
Berita TempatanSarawak

SejaTi MADANI Bantu JKKK Rumah Dagang Jana Pendapatan

By 7 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Stanley Mike Ajah/Mohsin Ujap (Sarawak)

SELANGAU, 7 Sep (MalaysiaAktif) – Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) di sini telah memberi manfaat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Dagang anak Abong, Nanga Ensurai, Batang Oya yang mana rumah panjangnya terdiri daripada 21 pintu membabitkan juga 21 keluarga.

Projek SejaTi MADANI, ternakan ikan dalam tangki.

Ketika ditemui semalam, Tuai Rumah Dagang anak Abong, 71, berkata projek bernilai RM80,000 yang diterima rumah panjang mereka pada Ogos 2024 bertujuan untuk menternak beberapa jenis ikan dalam tangki khas.

“Ternakan ikan di kawasan khas ini menggunakan 12 tangki bagi menternak ikan tilapia, ikan keli dan lampan jawa yang memberikan keuntungan kerana setakat ini lebih kurang 50 kilogram telah dijual,” katanya lagi.

Menurut Dagang, beiiau berhasrat untuk memohon Projek SejaTi MADANI ini selepas mendengar ceramah Jabatan Penerangan semasa Program JIWA MADANI yang dianjurkan oleh Komuniti MADANI Tamin di rumah panjang mereka tahun lepas.

Dagang ditemui ketika meninjau projek ternakan ikan tangki khas di rumah panjang.

Pada masa sama, beliau amat berharap agar JKKK rumah panjang mereka akan terus berjaya menternak ikan dalam tangki walaupun pada mulanya kurang berjaya disebabkan banyak ikan ternakan yang mati.

“Saya dan anak buah saya bukan sahaja akan meneruskan projek ini tetapi juga amat berterima kasih kepada pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah menyediakan pelbagai program bertujuan membantu rakyat termasuklah projek sebegini, iaitu ternakan ikan dalam tangki,” ujar Dagang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda