
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/SHG Keningau
LABUAN, 7 Sep (MalaysiaAktif) – Pasukan Kebajikan Kanak-kanak (PKKK) Labuan menyantuni seorang pelajar Sekolah Henry Gurney (SHG) Keningau, semalam.

Para ahli PKKK sedang beramah mesra dengan pelajar SHG.
Menurut Pengerusinya Ahmad Radzi Abd Halim, seramai sembilan ahli PKKK menyertai lawatan itu bagi mendekati pelajar berkenaan yang berasal dari Labuan.
“PKKK mengadakan sesi advokasi dan motivasi kepada pelajar itu bagi memberi sokongan moral agar pelajar itu bersemangat meneruskan kehidupan di masa hadapan.
“Ini selari dengan peranan PKKK dalam memberi perlindungan dan khidmat sokongan kepada kanak-kanak yang memerlukan sama ada mereka berisiko atau sudah terlibat dengan salah laku jenayah,” katanya semasa ditemui media semalam.

Pelajar SHG (tujuh dari kanan) menerima kit makanan daripada PKKK.
Tambahnya, lawatan itu juga membuka ruang PKKK untuk menimba pengetahuan mengenai pengurusan serta pengoperasian SHG
Pada lawatan itu juga PKKK menyampaikan sumbangan makanan kepada pelajar tersebut.
Hadir sama Pegawai Pemulihan SHG Halizan Ahmad.
-RI





