Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

2,300 Atlet Bakal Bersaing di SUKSES 2025

By 13 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Hazel (Selangor)

SHAH ALAM, 13 Sep (MalaysiaAktif) – Sebanyak 122 acara menerusi 11 jenis sukan akan dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) 2025 bermula 17 September hingga 5 Oktober ini.

Mohd Najwan ketika berucap kepada pemberita dalam sidang media Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) KE-15, 2025 di Bilik Mesyuarat SUKSES, Majlis Sukan Negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi, berkata Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan dwitahunan edisi ke-15 itu, melibatkan sukan olahraga, pencak silat, boling padang, ping pong, sepak takraw, taekwondo, bola jaring, ragbi, bola keranjang, bola tampar dan memanah.

“Sebanyak 411 pingat dipertandingkan dalam edisi kali ini dan dijangka 2,300 atlet yang akan berkampung di Daerah Klang sepanjang kejohanan berlangsung,” katanya kepada pemberita dalam sidang media berhubung kejohanan itu di Bilik Mesyuarat SUKSES, Majlis Sukan Negeri Selangor, di sini semalam.

Pingat berbentuk peta Negeri Selangor bewarna merah kuning bakal menjadi rebutan 2,300 atlet yang bakal bersaing di SUKSES 2025 bermula 17 September ini.

“Edisi kali ini, turut mengekalkan format pertandingan sukan yang bakal dipertandingkan di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA), selaras dengan usaha menyediakan platform persediaan dan pendedahan awal kepada atlet Selangor,” katanya.

Najwan turut menekankan bahawa Majlis Sukan Negeri Selangor optimis, kejohanan SUKSES 2025 bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat antara atlet daerah, malah mampu memperkukuhkan pembangunan bakat baharu serta semangat kesukanan di Negeri Selangor.

SUKSES edisi ke-14 diadakan dua tahun lalu, di Hulu Langat melibatkan 1,187 atlet dengan penganjuran 109 acara serta menobatkan Daerah Petaling sebagai juara keseluruhan selepas mengutip 76 pingat termasuk 33 emas.

-RI

Tinggalkan komen anda