Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sultan Pahang Kurnia Tiga Buah Ru’RASA kepada Penduduk Kampung Orang Asli Leryar

By 13 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Saziana/Sunito (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 13 Sep (MalaysiaAktif) – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan tiga buah Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) kepada tiga orang penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Leryar, di sini semalam.

Keberangkatan tiba Sultan Pahang di Kampung Leryar.

Ru’RASA merupakan sebuah program perumahan percuma yang diilhamkan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah dengan kerjasama United Arab Emirates (UAE) yang bertujuan menyediakan kediaman yang selamat, selesa dan lebih teratur untuk rakyat, khususnya golongan kurang berkemampuan serta masyarakat pedalaman.

Salah seorang penerima, Syafiq Samat, 27, menzahirkan rasa syukur atas kurniaan tersebut.

“Terima kasih kepada Tuanku kerana memberi perhatian kepada nasib kami di kampung. Rumah baharu ini sangat bermakna untuk keluarga saya dan akan kami jaga sebaik mungkin,” ujarnya.

Syafiq turut meluahkan penghargaan kepada pihak Istana dan kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited memastikan kebajikan rakyat di negeri ini sentiasa terbela.

“Kami amat gembira dengan kediaman baharu ini, anak-anak kini boleh membesar dalam keadaan lebih selesa dan selamat. Kami berterima kasih kerana nasib Orang Asli sentiasa diambil peduli,” katanya.

Penduduk kampung lain menyambut baik inisiatif ini dan berharap agar lebih banyak KOA di seluruh Pahang dapat menikmati manfaat yang sama.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah penerima Ru’RASA dari Bentong dan Raub yang sama-sama diraikan.

-RI

Tinggalkan komen anda