Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Lebih 25,000 Meriahkan Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025

By 16 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook: Ab Rauf Yusoh

TANJUNG BIDARA, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 yang memasuki edisi kedua kali ini telah mencatatkan kehadiran lebih 25,000 pengunjung sepanjang tiga hari ia berlangsung.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut bersama dalam permainan tradisional konda kondi.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata 40 pengisian dan program menarik telah diadakan antaranya Fun Run, Fun Ride, Majlis Selawat sempena Malam Menyemai Cinta Rasul, Karnival Kerjaya MYFutureJobs, Melaka Personal Water Craft (PWC) Funvaganza Fair 2025, Joy Ride, Flyboard serta Banana Boat.

“Turut diadakan ialah pertandingan Ratu dan Raja Dondang Sayang, Program Tukar Minyak Hitam Percuma, Melaka RC Touring Car Championship, Pertandingan permainan tradisional seperti Dam Aji, Konda Kondi,
Congkak, Carrom.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melepaskan Fun Ride dalam program tersebut.

“Saya juga merasmikan Litar Lumba Kereta Kawalan Jauh Tanjung Bidara dengan trek sepanjang 269 meter, yang pertama di Alor Gajah bertaraf dunia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, kelmarin.

Beliau berkata program itu wajar diteruskan sebagai acara tahunan demi menyemai semangat muhibah, memelihara warisan budaya serta mengangkat martabat acara-acara tradisional agar terus hidup merentas generasi.

-FN

Tinggalkan komen anda