Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

MyIBJKM Elak Kes Keciciran Mangsa Bencana

By 19 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Arinnica Arif (Kluang)

KLUANG, 19 Sep (MalaysiaAktif) – Kempen Pendaftaran Awal Aplikasi MyIBJKM memberi peluang kepada mangsa bencana, khususnya banjir, untuk mendaftar lebih awal sekali gus memudahkan proses bantuan ketika kejadian berlaku.

Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kluang Kamsiah Kassim berkata aplikasi MyIBJKM yang digunakan sepenuhnya mulai Mac lalu berjaya meningkatkan keberkesanan pengurusan mangsa bencana.

Antara teknik asas ketika berhadapan detik cemas ketika menyelamatkan mangsa yang ditunjukkan oleh Sarjan A. Veerasingam dari APM Putrajaya.

“Aplikasi ini sangat bagus, cepat dan memudahkan. Banyak manfaatnya antaranya data dan laporan tidak akan bertindih berbanding semasa menggunakan cara manual,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program latih amal, simulasi dan taklimat pendaftaran awal mangsa bencana menerusi Sistem Info Bencana PPS (MyIBJKM) daerah Kluang, Batu Pahat dan Mersing anjuran JKM negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, di sini hari ini.

Latih amal, simulasi serta taklimat pendaftaran awal mangsa bencana melalui Sistem Info Bencana PPS (MyIBJKM) melibatkan daerah Kluang, Batu Pahat dan Mersing anjuran JKM Johor telah berlangsung di SMK Seri Perdana, Kluang, hari ini.

Menurutnya, penggunaan sistem tersebut juga dapat mengelakkan kes keciciran mangsa selain mengurangkan prosedur rumit yang sebelum ini perlu melalui urusan borang manual.

Taklimat program turut disampaikan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Putrajaya Muhammad Azam Zakuan, Senior Life Guard and Swimming Instructor Service Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarjan A. Veerasingam, serta Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Krisis dan Bencana JKM Putrajaya, Nurul Nabilah Ramli.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kluang Noor Hidayah Abdullah.

-RI

Tinggalkan komen anda