Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pertandingan Bintang Patriotik Cungkil Bakat, Pupuk Nilai Patriotisme

By 19 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman (Kerian)

BAGAN SERAI, 19 Sep (MalaysiaAktif) – Pertandingan Bintang Patriotik sempena sambutan Hari Malaysia 2025 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semanggol berjaya menarik perhatian penduduk setempat melalui nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak dan persembahan tarian tradisional, kelmarin.

Persembahan peserta kategori remaja.

Menurut Pegawai Khas DUN Gunung Semanggol Datuk Sham Mat Sahat program itu bertujuan menaikkan semula semangat patriotik dalam kalangan warga Bagan Serai disamping merapatkan ukhwah diantar pemimpin bersama masyarakat.

“Melalui program seperti ini, rakyat akan lebih menghargai pengorbanan pejuang dahulu kala dan menyemai rasa bangga terhadap negara. Semangat cintakan tanah air perlu terus diperkukuh demi kesejahteraan bangsa dan kemakmuran Malaysia.

“Insya-Allah dengan adanya kolaborasi yang baik bersama Pejabat Penerangan Daerah Kerian yang julung kali diadakan ini dan mendapat sambutan yang baik, kita akan adakan program ini setiap tahun,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Dato’ Zainal Abidin, di sini.

Pertandingan selama dua hari itu disertai 62 peserta mengikut kategori masing-masing, sebelum lima pemenang dipilih pada peringkat akhir bagi setiap kategori.

-RI

Tinggalkan komen anda