Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Larian Saya Anak Malaysia: Kukuhkan Perpaduan Eratkan Silaturahim

By 21 September 2025September 22nd, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin/Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI ACHEH, 21 Sep (MalaysiaAktif) – Lebih 800 peserta menyertai Larian Saya Anak Malaysia yang diadakan di tapak bersebelahan SuYuz By Riverside Chalet Taman Ilmu, di sini semalam.

Rashidi dalam ucapannya turut menyeru warga Sungai Acheh agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Program anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh dengan kerjasama Komuniti Desa MADANI Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Taman Sempadan, Komuniti Perikanan Taman Ilmu (MYKP) serta Kesatuan Rukun Tetangga (KRT) itu dirasmikan ADUN Sungai Acheh Datuk Rashidi Zinol.

Rashidi berharap program sempena Hari Malaysia itu dapat memupuk semangat perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

“Ianya juga mengajak masyarakat melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga selain dapat menyihatkan badan,” katanya.

Menurutnya lagi, lokasi itu juga merupakan antara destinasi eko-pelancongan yang menyediakan kemudahan sewaan bot dan chalet kepada peminat-peminat aktiviti memancing.

Pemenang hadiah utama cabutan bertuah sebuah motosikal Modenas Kriss 110cc.

Turut memeriahkan suasana ialah cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal Modenas Kriss 110cc yang menjadi tarikan utama peserta.

“Daripada hanya duduk di rumah dalam cuti semester lebih baik saya sertai program ini, dapat juga berlari sihatkan badan, jumpa kawan baharu dan paling penting kita dapat suburkan semangat muhibbah dalam kalangan masyarakat,” kata Alif Hakimi, 21, yang juga merupakan salah seorang peserta larian.

-RI

Tinggalkan komen anda