Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penanaman Pokok Spesies Hutan Paya Gambut Catat The Malaysia Book of Records

By 21 September 2025September 22nd, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 21 Sep (MalaysiaAktif) – Penanaman pokok spesies hutan paya gambut di Hutan Simpan Pekan, di sini, mencatat sejarah apabila diiktiraf dalam The Malaysia Book of Records sebagai penanaman pokok terbanyak di kawasan hutan paya gambut.

Mohdmed Puzi turut serta dalam aktiviti penanaman pokok spesies hutan paya gambut.

Menurut Ahli Parlimen Pekan Datuk Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali kejayaan itu hasil usaha pelbagai pihak bagi memastikan kelestarian alam terjaga.

“Saya berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat untuk terus memelihara khazanah hutan negara dan memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan negeri Pahang,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, semalam.

Mohmed Puzi (tengah bertopi) dan pelakon Wan Hanafisu teruja mendengar taklimat projek penanaman hutan terbesar.

Sebanyak 20,000 dari pelbagai spesies pokok hutan paya gambut yang ditanam antaranya Tenggek Burung, Meranti Paya, Bintangor Paya, Merbau dan beberapa spesies yang lain sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2025 peringkat Negeri Pahang.

Usaha itu bukan sahaja memulihara ekosistem hutan paya gambut yang semakin terancam, malah menjadi langkah konkrit dalam menghadapi perubahan iklim dan mengekalkan biodiversiti.

-RI

Tinggalkan komen anda