Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

1,648 Warga PDRM Terima Manfaat BUDI95

By 30 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU, 30 Sep (MalaysiaAktif) – Seramai 1,648 warga Polis Diraja Polis Malaysia (PDRM) kontinjen Perlis menerima manfaat langsung inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Seorang anggota polis di beri taklimat oleh seorang penyelia stesen minyak mengenai subsidi minyak RON95 yang dinikmati oleh anggota keselamatan.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata inisiatif berkenaan jelas membuktikan keprihatinan kerjaan terhadap kebajikan rakyat termasuk petugas PDRM serta keluarga mereka.

Ia bukan sahaja meringankan kos sara hidup malah turut memperkukuh kesejahteraan bersama,” katanya ketika menghadiri Program BUDI95 di Stesen Minyak Petronas Kubang Gajah, di sini semalam.

Menurutnya, langkah kerajaan menyalurkan subsidi petrol secara terus kepada rakyat melalui BUDI95 merupakan pendekatan terbaik yang memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.

Antara seorang anggota polis yang menerima inisiatif BUDI95 sedang memgisi minyak.

“Pendekatan ini amat baik kerana memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar tanpa ketirisan, khususnya dengan penggunaan MyKad sebagai mekanisme kelayakan pengguna,” jelasnya.

Tambahnya lagi, inisiatif tersebut turut meningkatkan semangat dan motivasi warga PDRM untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam di negeri berkenaan.

-RI

Tinggalkan komen anda