Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelajar, Suri Rumah antara Terawal Guna Subsidi Budi95

By 1 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Radiah Rahim (Pahang)

PEKAN, 1 Okt (MalaysiAktif) – Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan suri rumah antara yang terawal menggunakan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang bermula seawal tengah malam semalam di daerah ini.

Tinjauan Malaysia Aktif sekitar pukul 12 malam di daerah Pekan mendapati kebanyakan belia menggunakan aplikasi Setel bagi membeli petrol.

Ahmad Zikry Aini, 23, berkata dengan menggunakan aplikasi Setel pengisian petrol menjadi amat mudah baginya.

“Saya guna aplikasi ini utk menggunakan subsidi minyak yang diberikan kerajaan dan ia sangat mudah kerana saya tidak perlu keluarkan kad pengenalan saya untuk pengesahan,” kata pelajar tahun akhir di salah sebuah IPTA di sini kepada Malaysia Aktif.

Katanya lagi, dia sengaja keluar pada tengah malam untuk mengisi petrol kerana tidak mahu bersesak pada keesokan hari.

Suasana di stesen minyak di Pekan sekitar tengah malam semalam.

Suri rumah Nurul Hidayah Ahmad, 34, pula menzahirkan rasa syukur atas inisiatif oleh kerajaan itu.

“Alhamdulillah, saya layak terima subsidi minyak ini dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas keprihatinan terhadap kebajikan rakyat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda