Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

JIWA@Komuniti MADANI Tarik Minat Penduduk Hutan Kampung

By 5 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Syuhada Muhamad/Lyana Athirah Mohd Saad

HUTAN KAMPUNG, 5 Okt (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai yang diadakan di Kampung Bohor, di sini berjaya menarik penyertaan penduduk setempat melalui pelbagai pengisian bermanfaat berkaitan kesihatan dan keselamatan siber, semalam.

Faezah sedang memberi taklimat tentang pemakanan dan gaya hidup sihat kepada warga Hutan Kampung.

Program anjuran Komuniti MADANI Hutan Kampung dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar dan Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental serta keselamatan dalam penggunaan media sosial.

Dalam sesi perkongsian pemakanan sihat, Pegawai Sains Pemakanan Faezah Azmi menekankan amalan konsep ‘suku suku separuh’ dalam pemakanan seimbang tanpa mengetepikan makanan ruji seperti nasi.

“Tidak perlu meninggalkan nasi sepenuhnya, sebaliknya kawal kuantiti dan pastikan hidangan seimbang dengan sayur-sayuran serta sumber protein. Paling penting, kurangkan minuman manis dan banyakkan minum air kosong,” katanya.

Warga Hutan Kampung sedang menunggu giliran untuk menjalani saringan kesihatan.

Selain itu, wakil Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena Lyana Athirah Mohd Saad turut berkongsi bentuk-bentuk buli siber yang sering berlaku di media sosial serta langkah perlindungan diri jika menjadi mangsa.

Melalui penganjuran ini, penduduk bukan sahaja mendapat ilmu mengenai amalan gaya hidup sihat, tetapi turut meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan digital di era moden.

-RI

Tinggalkan komen anda