Skip to main content
Berita TempatanSabah

520 Pelajar SMK Banggi Sertai Program Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpah Darahku

By 6 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Florinah Lunsin (Kudat)

KUDAT, 6 Okt (MalaysiaAktif) – Seramai 520 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi telah menyertai Program Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpah Darahku anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung di sekolah berkenaan.

Program yang berteraskan penyemaian nilai patriotisme dan kesedaran sivik itu turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan melalui ceramah berkaitan keselamatan negara, pencegahan dadah serta keselamatan maritim.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), MKN, Datuk Baharuddin Ahmad berkata program seumpama itu mampu memberi suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar agar tidak menjadikan latar belakang keluarga sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan.

Baharuddin ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Malaysiaku Berdaulat di SMK Banggi.

“Jangan malu dengan keadaan keluarga kita sekarang, kerana semua orang mampu berjaya apabila berusaha dan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya mendoakan agar semua pelajar SMK Banggi dapat mencapai cita-cita serta keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya ketika merasmikan program tersebut di sini pada Ahad.

Pelaksanaan program turut diisi dengan pelbagai ceramah kesedaran oleh agensi dan jabatan kerajaan seperti Pejabat Penerangan Daerah Kudat, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), MKN, dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

-RJ-

Tinggalkan komen anda