Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

680 Anak Tuntung Dilepas ke Sungai Kemaman Simbolik Ulang Tahun Kemerdekaan

By 6 Oktober 2025Oktober 7th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaik Fikri (Kemaman)

KEMAMAN, 6 Okt (MalaysiaAktif) – Sebanyak 680 ekor anak tuntung sungai dilepaskan ke Sungai Kemaman bersebelahan Kampung Pasir Gajah semalam, sebagai simbolik sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-68.

Majlis dirasmikan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.

Majlis pelepasan disempurnakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, dengan kehadiran tokoh pemuliharaan termasuk Pengerusi Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Labi-labi Malaysia (TCS), Prof. Dr. Maketab Mohamed, serta wakil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Dr. Pazil Abdul Patah dan Rozidan Mohd Yasin.

Pengasas TCS, Dr. Chen Pelf Nyok berkata kejayaan pelepasan kali ini mencerminkan hasil usaha berterusan memelihara spesies tuntung sungai yang semakin terancam di habitat semula jadi.

“Tahun ini, sebanyak 1,825 biji telur tuntung diperam di Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai, Kampung Pasir Gajah, dan lebih 1,372 anak tuntung berjaya ditetaskan,” katanya.

Sukarelawan menerima cenderamata daripada Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Labi-labi Malaysia (TCS)

Sejak pusat itu ditubuhkan pada 2017, katanya, lebih 11,000 biji telur telah dikutip dan lebih 6,000 anak tuntung berjaya dilepaskan ke Sungai Kemaman.

Chen menjelaskan selain pemuliharaan, inisiatif tersebut juga berpotensi menjadi tarikan pelancongan berasaskan pendidikan, sejajar dengan minat masyarakat terhadap aktiviti konservasi hidupan liar yang semakin meningkat.

“Objektif kami ialah menjadikan tuntung sungai sebagai ikon pelancongan dan simbol pemuliharaan negeri Terengganu, yang sememangnya sinonim dengan penyu dan tuntung,” tambahnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda