Skip to main content
KedahBerita TempatanBerita Utara

Bank Makanan di Inasis UUM Pastikan Pelajar Tidak Terputus Bekalan Makanan

By 5 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)/Facebook Universiti Utara Malaysia (Official FB)

SINTOK, 5 Okt (MalaysiaAktif) – Setiap Inapan Siswa (Inasis) di Universiti Utara Malaysia (UUM) kini melaksanakan inisiatif Foodbank Mahasiswa bagi memastikan tiada pelajar berdepan kelaparan akibat isu kewangan.

Foodbank Mahasiswa ialah program penyediaan bantuan makanan asas secara percuma kepada pelajar yang kurang berkemampuan atau terputus sumber kewangan.

Antara sebahagian Pengetua Inasis.

Pengerusi Majlis Pengetua Inasis UUM yang juga Pengetua Inasis TNB Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah berkata pelaksanaan food bank (bank makanan) di setiap Inasis merupakan langkah proaktif bagi membantu pelajar, khususnya kalangan B40.

Beliau menjelaskan bahawa setiap aras di Inasis mempunyai ketua pelajar sebagai penghubung utama antara pelajar dan pihak pengurusan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan berhemah tanpa rasa malu.

Food bank ini menyediakan keperluan asas seperti mi segera, biskut, minuman 3 dalam 1 dan makanan kering lain yang boleh diambil oleh pelajar yang benar-benar memerlukan, terutamanya mereka yang terputus sumber kewangan sementara,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Rohani turut menyeru agar lebih ramai pihak luar tampil menyumbang bagi melengkapkan stok bank makanan di beberapa Inasis yang menurutnya masih belum mencukupi.

Inisiatif itu bukan sahaja mencerminkan keprihatinan universiti terhadap kebajikan mahasiswanya, malah memperkukuh semangat saling membantu dalam komuniti kampus selaras dengan aspirasi UUM sebagai universiti prihatin dan berjiwa MADANI.

-RI

Tinggalkan komen anda