
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 10 Okt (MalaysiaAktif) — Gerakan Koperasi Johor mencatat pendapatan berjumlah RM824.57 juta sepanjang tahun lalu sekali gus membuktikan sekiranya sektor tersebut mempunyai potensi menjadi pemacu pertumbuhan negara dalam bidang sosioekonomi terutamanya di Johor.

Mohd Hairi, berkata setakat ini lebih 1,400 koperasi berdaftar telah direkodkan di Johor oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Hairi Mad Shah, berkata koperasi memainkan peranan penting sebagai pemacu pembangunan masyarakat yang inklusif meliputi pelbagai lapisan seperti komuniti Orang Asli, belia, golongan B40 dan juga golongan profesional dalam arus pembangunan negara yang rancak dan maju ketika ini.
“Kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi memberikan pembiayaan dan latihan keusahawanan bersama agensi berkaitan bagi memastikan sektor koperasi dapat berdaya saing dalam arus perniagaan yang maju dan berjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor 2025 di Hotel Grand Paragon, di sini semalam.

Mohd Hairi bersama ahli koperasi yang hadir dalam sesi bergambar selepas selesai majlis berkenaan.
Tambah Mohd Jafni, seramai 50 penerima Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor menerima penghargaan daripada SKM Negeri Johor.
“Selain itu, mereka mempunyai peluang yang sangat cerah untuk mengembangkan bidang koperasi mereka terutama di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ).
“Saya menyeru kepada semua koperasi untuk merebut peluang di JS-SEZ kerana ini merupakan salah satu platform tepat untuk koperasi tempatan meneroka dan menceburi aktiviti ekonomi berskala tinggi serta peluang pemasaran produk dan perkhidmatan secara lebih meluas sekaligus menambah pendapatan koperasi dan negara,” katanya.
-RI





