Skip to main content
Berita TimurBerita TempatanPahang

Ahmad Zahid Lancar Aplikasi MyInfoBencana JKM

By 15 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Sh Nurul (Jerantut)

JERANTUT, 15 Okt (MalaysiaAktif) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan aplikasi MyInfoBencanaJKM (MyIBJKM) sebagai sistem pendaftaran tunggal mangsa bencana bermula musim Monsun Timur Laut (MTL).

Zahid sewaktu berucap di majlis pelancaran.

Ahmad Zahid berkata sistem MyIBJKM dibangunkan bagi mempercepat proses penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 serta BWI Kematian bernilai RM10,000 kepada mangsa bencana, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi.

“Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut memperkukuh dasar dan tadbir urus pengurusan bencana negara melalui tiga dokumen penting.

“Ia adalah Arahan NADMA No.1: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 serta Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) di Malaysia,” katanya sewaktu berucap di majlis perasmian pelancaran aplikasi tersebut, di sini Isnin lalu.

Bergambar kenangan bersama Pasukan Demonstrasi SAR.

Beliau berkata NADMA sedang menyemak dan mengemas kini Dokumen Prosedur Tetap Operasi (PTO) yang merangkumi semua jenis bencana sebagai rujukan rasmi kepada agensi terlibat dalam operasi pengurusan bencana di negara ini.

“Bencana yang berlaku sememangnya tidak dapat dielakkan. Namun, risiko dan impaknya boleh diminimumkan sekiranya kesiapsiagaan sentiasa diamalkan dan dipertingkatkan,” katanya.

Pelancaran tersebut diadakan sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 yang bertemakan ‘Sentiasa Siaga, Bencana Terjaga’.

Ia menggambarkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat terhadap risiko bencana, selaras dengan Kerangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030 dan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Abdul Halim Hamzah.

-RI

Tinggalkan komen anda