Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

Padang Garam Berwajah Baharu, Jadi Tarikan Santai di Kuala Kedah

By 15 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)

KUALA KEDAH, 15 Okt (Malaysia Aktif) — Padang Garam yang terletak di pesisir Kuala Kedah kini berwajah baharu selepas dinaik taraf oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan pelbagai kemudahan mesra pengunjung, menjadikannya destinasi santai dan tarikan pelancongan baharu di kawasan tersebut.

Suasana di Port Padang Garam.

Kerja-kerja pembangunan yang dijalankan merangkumi pembersihan kawasan, penyediaan laluan pejalan kaki serta pembinaan jeti kecil bagi memberi keselesaan kepada pengunjung untuk beriadah dan menikmati panorama pesisir pantai.

Salah seorang pengunjung, Siti Farah Natasya Muktar, 33, berkata walaupun projek masih dalam proses pelaksanaan, kawasan itu sudah mula menarik perhatian ramai.

Port ini menjadi tarikan tersendiri.

“Saya percaya Padang Garam akan menjadi destinasi wajib singgah di Kuala Kedah kerana suasananya santai, bersih dan mempunyai vibe (suasana) baharu yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.

Transformasi Padang Garam bukan sahaja memberi nafas baharu kepada landskap pesisir Kuala Kedah, malah berpotensi menjadi daya tarikan komuniti setempat dan pelancong yang ingin menikmati keindahan kawasan ini dalam suasana santai, bersih dan lebih tersusun.

-RI

Tinggalkan komen anda