Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Belanjawan 2026 Ringankan Beban Nelayan Semasa Musim Tengkujuh

By 16 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)

KUALA KEDAH, 16 Okt (MalaysiaAktif) – Golongan nelayan menyambut baik langkah kerajaan menyalurkan bantuan khas menerusi Belanjawan 2026, yang disifatkan mampu meringankan beban mereka terutama ketika berdepan musim tengkujuh.

Nelayan tempatan, Mohd Faizal Hamid, 47, berkata bantuan yang diumumkan itu amat bermakna kerana memberi kelegaan kepada keluarga nelayan yang terjejas pendapatan akibat cuaca tidak menentu.

Mohd Faizal ketika ditemui wartawan

“Kami dari pihak nelayan bersyukur dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan harian. Sekarang musim tengkujuh, dengan bantuan ini dapatlah membantu kami menampung keperluan keluarga. Diharapkan bantuan seperti ini diteruskan lagi,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, semalam.

Beliau turut menyatakan bahawa bantuan itu malah menjadi galakan kepada nelayan untuk terus bertahan dalam industri perikanan yang mencabar.

Bagi komuniti nelayan di kawasan utara, Belanjawan 2026 dilihat selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh sektor agromakanan dan keselamatan bekalan ikan negara, selain memastikan kesejahteraan sosial kumpulan sasar terus terbela.

Secara keseluruhannya, bantuan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2026 mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib nelayan, sekaligus memperkukuh hasrat membina ekonomi MADANI yang seimbang dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

-AA-

Tinggalkan komen anda