
Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz/Muhaimin Musa
KUALA LUMPUR, 16 Okt (MalaysiaAktif) – Pameran Kesenian dan Kraf ASEAN (ASEAN Arts & Craft Bazaar, AACB) 2025 terus mengukuhkan peranannya sebagai platform strategik dalam memperkasa industri kraf serantau ke peringkat global.
Edisi tahun ini mencatatkan sambutan luar biasa, hasil peluasan penyertaan yang bukan sahaja melibatkan negara-negara ASEAN tetapi turut disertai peserta antarabangsa sekali gus menjadi bukti bahawa kraf tempatan semakin mendapat perhatian di peringkat dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata AACB bukan sekadar pameran tahunan tetapi medan penting untuk memasarkan produk usahawan kraf serta memperkukuh jaringan kreatif serantau.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata AACB bukan sekadar pameran tahunan tetapi medan penting untuk memasarkan produk usahawan kraf serta memperkukuh jaringan kreatif serantau.
“Sambutan yang amat menggalakkan kami dapati. Format penganjuran yang sedikit berbeza tahun ini, dengan penyertaan bukan sahaja dari ASEAN malah dari negara antarabangsa, telah menunjukkan kejayaan,” katanya pada Majlis Jalinan Media dan Apresiasi Strategik, di sini hari ini.
Beliau berkata acara itu turut menjadi pemangkin kepada agenda pemerkasaan industri kraf, dengan matlamat melahirkan lebih ramai usahawan kraf yang mampu menembusi pasaran luar negara melalui kualiti dan keaslian produk.
Edisi AACB 2025 menampilkan demonstrasi tenunan Songket Brunei Darussalam sebagai tarikan utama, di samping demonstrasi tenunan songket tempatan yang memperlihatkan keindahan warisan tekstil serantau.

AACB 2025 menawarkan pelbagai pengisian menarik sepanjang 11 hari, termasuk pameran dan jualan produk kraf, makanan warisan, demonstrasi interaktif, serta persembahan kebudayaan yang memperlihatkan kepelbagaian seni dan warisan ASEAN.
Pada masa sama, Shaharuddin berkata inisiatif baharu sedang dirangka pihaknya bagi menggalakkan penganjuran program kraf berskala kecil di peringkat negeri, sebagai langkah memperluas penyertaan dan meningkatkan keterlibatan komuniti usahawan kraf tempatan.
Berlangsung dari 10 hingga 20 Oktober, AACB 2025 menawarkan pelbagai pengisian menarik sepanjang 11 hari, termasuk pameran dan jualan produk kraf, makanan warisan, demonstrasi interaktif, serta persembahan kebudayaan yang memperlihatkan kepelbagaian seni dan warisan ASEAN.
Dengan kehadiran pengunjung yang tinggi dan penglibatan meluas, AACB 2025 sekali lagi membuktikan peranannya sebagai jambatan budaya dan ekonomi kreatif serantau, serta wadah utama mengangkat hasil seni dan kraf Asia Tenggara ke persada global.
-FN





