Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

OAOSC Bawong Jadi Tumpuan Komuniti Orang Asli

By 17 Oktober 2025Oktober 18th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Kuala Kangsar)

SUNGAI SIPUT, 17 Okt (MalaysiaAktif) – Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) di Bawong, di sini berjaya memperkasa komuniti setempat dengan penyediaan prasarana sama ada kepada peniaga mahupun pengunjung sekali gus menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli di situ.

Teh ketika ditemui di spa yang diusahakannya.

Bagi pengusaha DK Spa Teh Jaafar, 36, pusat sehenti yang mula beroperasi pada tahun 2022 itu membuka peluang kepadanya untuk berbakti dan memudahkan penduduk setempat yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan melalui spa yang diusahakan.

“Sebagai peniaga, saya berterima kasih kepada pihak yang banyak menghulurkan bantuan ketika ingin memulakan perniagaan ini seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang menyumbangkan peralatan untuk operasi spa.

“Saya dahulunya beroperasi di rumah dan peluang mendapatkan sebuah premis di sini digunakan sebaiknya kerana selain penduduk tempatan, ramai juga pengunjung dari luar akan singgah ke pusat sehenti ini selepas pulang daripada aktiviti hiking (kembara) atau berekreasi di kawasan riadah seperti Pos Kuala Mu,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

Terminal bas turut disediakan bagi memudahkan penduduk setempat untuk ke pekan berdekatan.

Sementara itu, pengunjung Azura Adek, 30, turut berpendapat pusat sehenti itu memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat memandangkan pekan terdekat iaitu Sungai Siput sejauh kira-kira 30 kilometer dari kampung mereka.

“(ATM) (mesin juruwang automatik) turut disediakan di sini selain kedai runcit yang lengkap dengan pelbagai keperluan harian dan perpustakaan sebagai akses kepada ilmu dan pembelajaran untuk masyarakat setempat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda