Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Semangat Dakwah Perlu Disemai dalam Kalangan Pelajar KKTM Rembau

By 18 Oktober 2025Oktober 19th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Kamaruzzaman/Zamakhsyari Sulaiman (Rembau)

REMBAU, 18 Okt (MalaysiaAktif) – “Pentingnya menyemai semangat berdakwah dalam kalangan pelajar agar menjadi insan berilmu, berakhlak dan berperanan aktif dalam masyarakat,” kata Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau Mohd Izlan Idris dalam Program Mimbar Pencetus Ummah.

PU Rozi, PU Hafiz Hamzah dan Ustaz Abdul Rahman sebagai juri.

Program anjuran KKTM Rembau itu berlangsung dengan penuh semangat dakwah dan penghayatan Islam dalam kalangan pelajar, di sini semalam.

Bertemakan ‘Dakwah Tugas Kita Semua’, program yang bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari itu disertai 20 kumpulan pelajar dengan matlamat membentuk dan mendidik generasi muda sebagai penyambung legasi tugas Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah kebenaran dan kebaikan.

Program yang diadaptasi daripada siri realiti televisyen Islamik, Pencetus Ummah (PU) yang pernah popular di Malaysia dari tahun 2013 hingga 2016 itu bertujuan mencungkil bakat para pelajar dalam berbicara di khalayak ini.

Ia menyaksikan tiga kumpulan terbaik serta tiga penyampai terbaik dinobatkan sebagai pemenang hasil penilaian berdasarkan kefahaman, penyampaian mesej dan keaslian dakwah yang disampaikan.

Para peserta tekun mendengar perkongsian ilmu berdakwah.

Turut hadir Muhammad Rozi Harun atau lebih dikenali sebagai PU Rozi, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa (PU Hafiz) dan Ustaz Abdul Rahman sebagai pengelola utama, selaku juri dan penceramah jemputan, berkongsi pandangan serta nasihat bernilai tentang tanggungjawab berdakwah dalam kehidupan seharian.

Penganjuran Mimbar Pencetus Ummah ini diharap menjadi platform melahirkan pelapis pendakwah muda yang bukan sahaja fasih berhujah tetapi juga mampu menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda