Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Pupuk Budaya Hidup Sihat

By 18 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar

TAMPIN, 18 Okt (MalaysiaAktif) – Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat daerah Tampin yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha, Gemencheh, hari ini mendapat sambutan yang meriah dari penduduk di sekitar daerah ini.

Turut diadakan pameran pelbagai agensi kerajaan.

Pegawai Kesihatan Daerah Tampin Dr. Abdul Mueez Ahmad Shahbuddin, berkata Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat secara menyeluruh di komuniti, tempat kerja dan institusi pendidikan.

“Pejabat Kesihatan Daerah Tampin sentiasa komited dalam merancang serta melaksanakan program yang berkonsepkan kesihatan bagi membantu penduduk setempat melahirkan sebuah komuniti yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial,” ujarnya.

Mohd Isam hadir memeriahkan program.

Pelbagai aktiviti yang berkonsepkan kesihatan diadakan sepanjang program berlangsung antaranya Pertandingan Larian Ceria, Pertandingan Explorace dan Pertandingan Bento Makanan Sihat.

Turut hadir merasmikan program, Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

-RI

Tinggalkan komen anda