Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerjasama Rakan Strategik Sambutan HKHM 2025 Perlu Diteruskan – Fahmi

By 23 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak/Gambar fail

PUTRAJAYA, 23 Okt (MalaysiaAktif) – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berharap kerjasama rakan strategik bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang lalu akan dilanjutkan.

“Diharapkan agar kerjasama erat ini akan dapat diteruskan pada Sambutan HKHM tahun hadapan.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan strategik HKHM 2025, yang telah memberikan sumbangan penajaan,” katanya ketika berucap pada majlis apresiasi HKHM 2025, di sini malam tadi.

Kerjasama erat 113 rakan strategik termasuk sektor korporat, swasta, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan dengan sumbangan penajaan lebih RM22 juta menjayakan sambutan yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.’

“Alhamdulillah, sumbangan daripada 113 rakan strategik adalah sangat bermakna untuk kita semua dan pastinya menceriakan rakyat Malaysia yang telah menghadiri sambutan HKHM 2025,” kata Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2025.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 itu yang berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian menarik terutamanya perbarisan oleh 81 kontinjen dan pertunjukkan aset udara merekodkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung dengan 14,062 individu terlibat menjayakan perbarisan.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Julina Johan.

-RI

Tinggalkan komen anda