
Laporan/foto: Norsaedah Haron/Nadia Abdullah (Kluang)
KLUANG, 23 Okt (MalaysiaAktif) – Seramai hampir 50 peserta daripada Komuniti MADANI Zon Kluang dan Mersing menghadiri Taklimat Belanjawan 2026 yang diadakan di Dewan Muafakat Kampung Tengah, di sini, hari ini.

Rashid ketika menyampaikan Taklimat Belanjawan 2026.
Program tersebut bertujuan memberi pendedahan awal kepada masyarakat mengenai hala tuju Belanjawan 2026 serta menerangkan pelbagai inisiatif di bawah agenda Malaysia MADANI yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Mersing, Rashid Ibrahim yang menjelaskan intipati utama Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, termasuk fokus terhadap peningkatan kesejahteraan rakyat dan pengukuhan ekonomi tempatan.

Timbalan Ketua Komuniti MADANI Bandar Renggam Siti Nor Hayati Ahmad Sekak, berkata penjelasan yang ringkas dan padat oleh penceramah membolehkan peserta memahami intipati Belanjawan 2026 yang diumumkan baru-baru ini.
Menurut salah seorang peserta Komuniti MADANI Bandar Renggam, Siti Norhayati Ahmad Sekak, 60, sesi tersebut membantu mereka memahami dengan lebih jelas kandungan belanjawan berkenaan.
“Taklimat ini memberi maklumat baharu kepada peserta dalam memahami intipati Belanjawan 2026. Penyampaian yang santai, jelas dan mudah difahami membuka mata kami tentang hala tuju kerajaan serta bagaimana belanjawan ini memberi kesan langsung kepada komuniti,” katanya.
Selain taklimat Belanjawan, peserta turut diberi penerangan mengenai Program MADANI oleh Penolong Pengarah Unit Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Zaharah Johari.
Program berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap dasar serta hala tuju pembangunan negara ke arah kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
-RI





