Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

JIWA@Kelab Malaysiaku Didik Pelajar SMK Kuala Nerang Amal Etika Dalam Talian

By 26 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Azrul Abdullah (Padang Terap)

KUALA NERANG, 26 Okt (MalaysiaAktif) – Pengamalan etika serta tanggungjawab ketika melayari internet dan media sosial merupakan benteng utama dalam membentuk masyarakat celik digital dan beretika, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Pengedaran risalah berkenaan Tips Internet Selamat kepada pelajar sekolah

Penekanan itu disampaikan sempena Program JIWA@Kelab Malaysiaku yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini semalam, bertujuan memberi pendedahan mengenai keselamatan penggunaan internet serta bahaya buli siber.

Wakil Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap, Muhamad Azrul Abdullah, ketika menyampaikan taklimat bertajuk Bijak Siber: Gunakan Internet dengan Selamat berkata pengguna, khususnya remaja, perlu lebih berwaspada terhadap ancaman siber seperti penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu dan amalan buli siber yang kian berleluasa.

“Internet memberi banyak manfaat, tetapi tanpa kawalan dan pengetahuan, ia boleh menjadi ruang yang berbahaya,” katanya.

Sesi cabutan bertuah mengikut tingkatan pelajar

Turut serta dalam program berkenaan ialah wakil Perpustakaan Awam Kuala Nerang yang memperkenalkan Kempen Membaca 10 Minit bagi memupuk budaya membaca dan menambah ilmu dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kuala Nerang Azman Morad merakamkan penghargaan kepada agensi penganjur atas usaha memperkasa pelajar dengan ilmu dan kesedaran digital yang relevan dengan cabaran semasa.

“Kami berharap program seumpama ini akan diteruskan bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga beretika, bertanggungjawab dan mencintai ilmu,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda