Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Fiesta Uniti@Muzium Kota Kayang Tonjol Sinergi Budaya, Seni dan Komuniti

By 3 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 3 Nov ( MalaysiaAktif) – Program Fiesta Uniti@Muzium Kota Kayang memperlihatkan sinergi antara budaya, seni dan komuniti melalui pelbagai pengisian seperti pameran interaktif, persembahan tradisional, bengkel warisan, jualan produk tempatan dan aktiviti pendidikan kanak-kanak.

Majlis perasmian Fiesta Uniti@Muzium Kota Kayang dan Rumah Hijau telah di sempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Putra Jamaullail

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia sekali gus membuktikan muzium berpotensi menjadi ruang rakyat bersatu melalui pengalaman budaya bersama.

“Penganjuran Fiesta Uniti di Muzium Kota Kayang ini turut menjadikan Perasmian Rumah Hijau iaitu Rumah Kelahiran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sebagai satu acara utama program,” katanya.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan merasmikan program tersebut dan turut berkenan berangkat ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Ibni Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Program bertemakan Semarak Utara yang berlangsung pada 1 dan 2 Nov itu dirangka khusus sebagai satu usaha merakyatkan muzium iaitu menjadikan muzium sebagai ruang hidup yang mendekatkan rakyat dengan warisan, sejarah dan tamadun bangsa.

Aaron berkata pendekatan itu sejajar dengan aspirasi Kementerian Perpaduan Negara membina Negara Bangsa melalui pemahaman sejarah, identiti nasional dan jati diri.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di Fiesta Uniti@Muzium Kota Kayang Perlis

Usaha oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis dalam mengangkat dan memulihara Rumah Hijau itu wajar dipuji, memandangkan nilai sejarah serta signifikan warisannya yang begitu tinggi kepada negeri dan negara.

Aaron berkata dibawah seliaan JMM, sebanyak 437,046 koleksi berharga telah direkodkan sejak tahun 1963 hingga 2024 yang menjadikan institusi muzium itu antara penjaga warisan dan identiti negara bangsa paling penting di Malaysia.

-AA-

Tinggalkan komen anda