Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Setiawangsa Pupuk Semangat MADANI

By 3 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Harman Mohammad Khalid/Elyas Hisyam

KUALA LUMPUR, 3 Nov (MalaysiaAktif) – Kira-kira 2,000 pengunjung dari pelbagai kaum hadir ke Dataran Ayer Panas, Setapak bersempena Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Setiawangsa anjuran Pejabat Ahli Parlimen Setiwangsa, kelmarin.

Lebih 2,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan sambutan Deepavali di Parlimen Setiawangsa.

Penganjuran sambutan ini diadakan setiap tahun bertujuan meraikan semangat Malaysia MADANI dan memupuk perpaduan serta keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.

Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelbagai program bersama masyarakat India telah diadakan di parlimen tersebut seperti bantuan Deepavali kepada pelajar sekolah, pelajar universiti, warga emas dan komuniti India yang kurang berkemampuan supaya Pesta Cahaya itu dapat disambut dengan baik tahun ini.

Persembahan Tarian Majmuk oleh Artis Arts DBKL menyerikan majlis dengan warna warni kebudayaan.

“Saya berharap masyarakat India akan terus bersama-sama dengan Pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa untuk mengadakan pelbagai program bersama supaya semangat perpaduan antara kaum akan sentiasa terjaga terutama di Parlimen Setiawangsa ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Nik Nazmi turut menyampaikan duit raya kepada lebih 500 orang kanak-kanak dan warga emas yang hadir.

Program dimeriahkan dengan pelbagai persembahan seperti Tarian Majmuk oleh Artis Arts Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa tarian kebudayaan masyarakat India.

-RI

Tinggalkan komen anda