
Laporan/foto: Nyempal Inggang (Sarawak)
LUBOK ANTU, 8 Nov (MalaysiaAktif) – Sungai masih menjadi nadi perhubungan di Lubok Antu, khususnya di sepanjang Sungai Batang Ai dan Sungai Delok yang menempatkan tujuh buah rumah panjang, sebuah sekolah rendah dan sebuah klinik yang terletak di tebing kedua-dua sungai tersebut.

Keindahan alam semula jadi di Sungai
Delok.
Apabila musim kemarau melanda, paras air sungai menurun sehingga menyukarkan pergerakan penduduk yang terpaksa menggunakan dua perahu panjang untuk pulang ke rumah masing-masing berikutan terdapat air terjun di pertengahan laluan yang menghalang perjalanan.
Bagaimanapun, di sebalik keadaan air sungai yang surut itu, ia turut memperlihatkan keindahan semula jadi tumbuhan hijau di sepanjang tebing dan kehadiran haiwan liar seperti kera boleh menjadi tarikan baharu kepada pelancong.

Bayang Penguang, pemandu pelancong.
Menurut pemandu pelancong, Bayang Penguang, 57, kehadiran orang utan juga merupakan antara tarikan utama bagi pelancong luar negara yang berkunjung ke daerah berkenaan sekali gus membantu menjana pendapatan komuniti setempat.
Nabum begitu, cabaran perjalanan menggunakan sungai menjadi nyata apabila penduduk perlu membawa barangan berat dan menggunakan dua buah perahu untuk ke pekan, berbanding ketika air tinggi.
Penduduk setempat, Ngumbang Jenapi, 46, justeru berharap agar kemudahan jalan raya berturap dapat dibina pada masa akan datang bagi memudahkan perjalanan dari rumah panjang ke pekan Lubok Antu dan kawasan lain.
-RI





