Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Rembau Fellowship Race 2025 Tarik Hampir 500 Peserta

By 9 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Kamaruzzaman (Rembau)

REMBAU, 9 Nov (MalaysiaAktif) – Edisi ketiga Rembau Fellowship Race 2025 berlangsung meriah dengan penyertaan seramai 495 peserta termasuk dari luar negara seperti Brunei, Singapura, Great Britain, Korea Selatan dan Mesir, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Nicole Tan Lee Koonmenyempurnakan pelepasan peserta Rembau Fellowship Race 2025.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Nicole Tan Lee Koon penganjuran program berkenaan bukan sahaja memperkukuh gaya hidup sihat tetapi turut mempromosikan pelancongan sukan di Negeri Sembilan.

“Kehadiran peserta dari luar negara menunjukkan potensi besar Rembau sebagai destinasi pelancongan aktif dan mesra komuniti,” katanya sebelum melakukan pelepasan peserta.

Program yang bermula seawal pukul 6 pagi hingga 1 petang itu diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak yang ditaja sepenuhnya oleh Grobok Salai dengan tawaran ganjaran basikal dan hamper kepada pemenang.

Rembau Fellowship Race 2025 yang tersenarai dalam Kalendar Acara Tahunan (COE) 2025 Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan akan diteruskan dalam COE 2026 sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 dengan kehadiran maskot rasmi pelancongan Jang dan Daro.

Peserta Fellowship Race 2025 membanjiri jalan raya pekan Rembau.

Setiausaha Majlis Daerah Rembau Norazlyzan Ramli dalam ucapannya menyifatkan program itu sebagai bukti kejayaan kerjasama erat antara agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti tempatan.

Menurutnya, peserta dan pengunjung turut memberikan maklum balas positif terhadap aspek keselamatan, kemudahan, penyediaan stesen air, perkhidmatan ambulans serta pengurusan teknikal yang tersusun sepanjang program berlangsung.

“Sambutan yang sangat menggalakkan ini menunjukkan rakyat Rembau dan sekitarnya amat menyokong usaha memupuk semangat kesukanan, kebersamaan serta memperkenalkan Rembau sebagai lokasi pelancongan yang berkembang pesat,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda