Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Majestic Johor X Festival D’ Kukup 3.0 Dorong Lonjakan Kedatangan Pelancong ke Pontian

By 9 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Krisha Selladurai (Pontian)

PONTIAN, 9 Nov (MalaysiaAktif) – Penganjuran Majestic Johor X Festival D’ Kukup 3.0 diyakini mampu merancakkan industri pelancongan di daerah Pontian, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup yang menempatkan produk pelancongan ikonik negeri Johor, Taman Negara Tanjung Piai.

Pertandingan akhir nyanyian Bintang D’ Kukup 3.0 antara yang menjadi tarikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup Datuk Jefridin Atan berkata penganjuran festival berimpak tinggi itu bukan sahaja menjadi platform memperkukuh industri pelancongan tempatan, malah berpotensi menggerakkan ekonomi komuniti setempat melalui penglibatan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan.

“Taman Negara Tanjung Piai yang terletak di penghujung benua Asia merupakan aset eko-pelancongan bertaraf antarabangsa. Penganjuran festival seperti ini mampu memberi publisiti lebih meluas kepada kawasan tersebut.

“Festival ini mampu meningkatkan kehadiran pelancong sekali gus merancakkan ekonomi tempatan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program berkenaan di Taman Negara Tanjung Piai, di sini malam tadi.

Forum Agama juga antara pengisian program.

Majlis berkenaan disempurnakan Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor Taufik Bahar.

Menurut Jefridin usaha memperkukuh sektor pelancongan perlu digerakkan secara berterusan melalui pelaksanaan program kreatif dan berimpak seperti festival seni, pertandingan, pameran serta aktiviti kolaboratif bersama agensi kerajaan dan swasta.

Festival yang berlangsung selama empat hari bermula 6 November lalu itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya forum agama, persembahan kebudayaan, pertandingan nyanyian Bintang D’ Kukup 3.0, jualan usahawan tempatan, Fun Walk dan Fun Ride, pertandingan jong, Explorerace serta pameran agensi kerajaan dan swasta.

-RI

Tinggalkan komen anda