
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/Facebook Pelabuhan Tanjung Pelepas (Quality Dominic)
JOHOR BAHRU, 9 Nov (MalaysiaAktif) – Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan tiada sebarang pelepasan gas atau toksik berbahaya akibat insiden letupan dan kebakaran kapal kontena KYPARISSIA yang berdaftar di Malta, di Dermaga 4, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah, kelmarin.

Kapal kontena KYPARISSIA berdaftar di Malta terbakar di Dermaga 4, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah semalam. Punca kejadian masih disiasat.
JLM dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada berlaku salah sebuah kontena ketika kapal berkenaan dalam pelayaran dari PTP menuju ke Lome, Togo.
“Susulan kejadian itu, kapal telah berpatah balik ke PTP (Dermaga 4) bagi mendapatkan bantuan kecemasan dan menjalankan pemeriksaan lanjut,” menurut kenyataan itu, kelmarin.
Sementara itu, pihak PTP mengesahkan tiada sebarang pelepasan gas atau toksik berbahaya mengalir ke laut akibat insiden berkenaan.
“Kawasan terlibat telah dikawal sepenuhnya dan semua laluan keluar masuk termasuk pintu utama serta kawasan operasi ditutup bagi pemantauan dan tujuan keselamatan.
“Pasukan Kawalan Tumpahan Minyak (Oil Spill Response Team) JLM telah berada dalam keadaan siap siaga sekiranya diperlukan,” katanya.
Setakat ini, tiga orang maut manakala tiga yang lain cedera dan sedang mendapatkan rawatan lanjut akibat insiden itu.
-RI





