
Laporan/foto: Azrul Azham (Jerantut)/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jerantut
JERANTUT, 13 Nov (MalaysiaAktif) – Sebanyak 44.97 tan bekalan makanan kering telah dihantar ke 14 Pangkalan Hadapan di seluruh daerah Jerantut.

Nur Aiena melihat stok barangan Pangkalan Hadapan yang akan dihantar.
Menurut wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah Jerantut Quril Sahabudin, bekalan tersebut disediakan untuk tempoh tujuh hari yang merangkumi sembilan jenis barangan asas iaitu beras, gula, kopi, teh, garam, minyak masak, sardin, kari ayam dan biskut.
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan pihak yang terlibat dalam menjayakan misi ini serta berharap agar kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pihak swasta dapat diteruskan bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi bencana sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program pelepasan Misi Penghantaran Bekalan Makanan Kering ke Pangkalan Hadapan Daerah Jerantut 2025, di sini kelmarin.

Urus setia di lokasi menerima barangan Pangkalan Hadapan.
Majlis disempurnakan Ketua Penolong Pegawai Daerah Nur Aiena Othman.
Turut hadir Ketua Bahagian Peruncitan MUIP Supermarket Group Sdn. Bhd. Mohammad Syahril Mohammad Nor, ketua-ketua Jabatan, Penghulu Mukim, kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah Jerantut dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
-RI





