Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KVDT Anjur Simulasi Latihan Tindak Balas Kecemasan Mantapkan Keselamatan Operasi

By 19 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Manjasari Shamsudin (Sepang) PS Pipeline Sdn. Bhd.

SEPANG, 19 Nov (MalaysiaAktif) – Klang Valley Distribution Terminal (KVDT) di bawah seliaan PS Pipeline Sdn. Bhd. telah menganjurkan Simulasi Latihan Tindak Balas Kecemasan Utama yang komprehensif dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang.

Mohd Fiqri ketika menyampaikan taklimat keselamatan.

Simulasi itu bertujuan menguji dan memperkukuh kesiapsiagaan operasi terhadap senario kecemasan teruk yang mungkin berlaku dalam operasi terminal pengedaran petroleum.

Senario simulasi yang diuji termasuk kebocoran atau pecahan saluran paip bertekanan tinggi akibat pencerobohan mekanikal, kebakaran atau letupan di terminal, serta ancaman keselamatan seperti pencerobohan dan perbuatan sabotaj.

Menurut Pengurus Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar PS Pipeline Mohd Fiqri Ab. Rahim simulasi berkenaan memberikan peluang untuk penilaian prestasi peralatan kritikal seperti sistem kawalan berkomputer, sistem pemantauan dron, sistem pengawasan video (CCTV) dan peralatan pencegahan kebakaran dalam keadaan kecemasan dan operasi menyelamat mangsa dibuat.

“Ia juga dapat membina keyakinan dan kecekapan dalam kalangan pekerja, membolehkan mereka bertindak dengan tenang dan tepat mengikut peranan yang ditetapkan semasa situasi kecemasan sebenar.

Pengurus Besar PS Pipeline Puan Nadia Hamzah ketika menyampaikan plak penghargaan kepada Pegawai Daerah Sepang.

“Simulasi ini penting untuk memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) kecemasan syarikat sentiasa berkesan dan difahami oleh semua kakitangan. Di samping itu, simulasi ini turut menilai keupayaan PS Pipeline untuk berkoordinasi secara cekap dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan, termasuk Pasukan Tindak Balas Segera (ERT), serta menilai prestasi peralatan kritikal seperti sistem kawalan berkomputer dan pemantauan dron” katanya di sini semlam.

PS Pipeline yang merupakan syarikat usaha sama antara Petronas Dagangan Berhad dan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. menegaskan bahawa simulasi tersebut adalah bukti komitmen berterusan syarikat terhadap keselamatan operasi, pengurusan risiko, dan perlindungan aset strategik negara serta alam sekitar.

Turut hadir Pegawai Daerah Sepang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Khairi Azali Ibrahim.

-RI

Tinggalkan komen anda