Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tiang Besi ECRL Tumbang Hempap Kereta di MRR2

By 19 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Facebook Taman Sri Gombak

GOMBAK, 19 Nov (MalaysiaAktif) – Sebuah kereta jenis Suzuki Swift dihempap tiang besi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Batu Caves, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada pukul 2.40 petang.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika mangsa, seorang wanita tempatan berusia 44 tahun sedang memandu dari arah Karak menuju Gombak.

“Sebaik tiba di lokasi, tiang besi pembinaan ECRL tiba-tiba tumbang dan menghempap kenderaan mangsa.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan, namun keretanya rosak,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata punca kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 019-3311552 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-6126 2222.

-RI

Tinggalkan komen anda