Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PUO Unggul dalam Inovasi TVET Menerusi Lean Kaizen 2025

By 21 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/PUO

IPOH, 21 Nov (MalaysiaAktif) – Politeknik Ungku Omar (PUO) terus memperkasa komitmen terhadap budaya kerja berkualiti tinggi melalui penganjuran Konvensyen Lean Kaizen PUO 2025 yang bertujuan membudayakan amalan penambahbaikan berterusan di setiap jabatan dan unit.

Konvensyen yang berlangsung semalam di PUO, di sini itu telah menyaksikan lapan kumpulan membentangkan projek penambahbaikan masing-masing yang merangkumi aspek kecekapan proses, pendigitalan dan inovasi pengurusan.

Sesi bergambar bersama peserta dan pemenang.

PUO dalam satu kenyataan memaklumkan, PSTECH PUO – CISEC telah tampil sebagai pemenang tempat pertama konvensyen tersebut dengan diikiuti SMART ACCRED – CQARM dan AI GENZ – JTMK selaku tempat kedua dan ketiga masing-masing.

“Semua kumpulan telah mempersembahkan hasil kerja yang membanggakan dengan tujuh kumpulan menerima pengiktirafan Emas manakala kumpulan CATALYST dari Jabatan Pengajian Am (JPA) dianugerahkan pingat Perak,” menurut kenyataan itu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengarah Akademik (TPA) PUO Norman Zamri.

Beliau turut menghargai komitmen tinggi semua peserta dan berharap hasil projek yang diketengahkan dapat memberikan impak positif terhadap kecekapan proses kerja di PUO.

Institusi Politeknik APEX itu berharap Konvensyen Lean Kaizen akan terus menjadi platform efektif untuk memupuk budaya penambahbaikan berterusan sekali gus menyokong aspirasi merealisasikan Politeknik Apex yang berdaya saing dan berimpak tinggi.

-RI

Tinggalkan komen anda