Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

100 Tahun SK Seri Machap Lambang Perpaduan Kaum

By 23 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Fairul Nizam Roslan

ASAHAN, 23 Nov (MalaysiaAktif) – Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Machap yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, sebuah institusi pendidikan yang telah utuh berdiri sejak tahun 1925.

Ucapan perasmian.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Datuk Fairul Nizam Roslan, berkata 100 tahun adalah satu perjalanan yang luar biasa daripada sebuah sekolah kecil hasil gotong-royong masyarakat, kini berkembang dengan kemudahan lengkap dan menjadi lambang perpaduan pelbagai kaum di kawasan ini.

Menurutnya SK Seri Machap bukan sekadar sekolah, tetapi pencetus lahirnya lebih 500 alumni yang berkhidmat sebagai penjawat awam, anggota keselamatan, usahawan dan pemimpin masyarakat.

Sejarah perjalanan 100 tahun SK Seri Machap.

“Kerajaan Negeri Melaka turut komited memperkasa pendidikan melalui pelbagai inisiatif seperti Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka, pemantapan infrastruktur sekolah, perluasan pendidikan TVET serta agenda pendigitalan pembelajaran demi masa depan anak-anak Melaka.

‘Setinggi-tinggi tahniah kepada SK Seri Machap atas pencapaian 100 tahun ini, semoga sekolah ini terus unggul dan menjadi mercu kecemerlangan pendidikan dalam DUN Asahan dan Negeri Melaka,” ujarnya ketika mewakili Ketua Menteri Melaka merasmikan program tersebut, di sini semalam.

-RI

Tinggalkan komen anda