Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Calon SPM Tetap Bersemangat Walaupun Berada di PPS

By 26 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salehuddin Klewan/Syafiq Saleh (Hulu Selangor)

HULU LANGAT, 26 Nov (MalaysiaAktif) – Walaupun terpaksa meninggalkan rumah akibat banjir, seramai 58 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dusun Tua tetap cekal meneruskan persiapan menghadapi peperiksaan SPM, semalam.

SMK Dusun Nanding menempatkannya 58 calon SPM yang terjejas disebabkan banjir.

Mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, yang turut menjadi lokasi peperiksaan mereka.

Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan, dalam satu hantaran di media sosial, menyampaikan kata-kata semangat kepada semua calon yang terjejas akibat banjir.

Beliau menzahirkan rasa kagum terhadap ketabahan mereka yang terpaksa bermalam di sekolah berikutan paras air yang masih tidak menentu.

“Teruskan usaha, jangan pernah putus asa dan yakin pada kemampuan diri sendiri. Ingatlah, setiap soalan ada jawapannya dan setiap usaha kalian pasti akan membuahkan hasil.

Anggota keselamatan yang terlibat dalam memindahkan calon-calon SPM ke PPS.

“Masa yang kalian ada di dalam kelas, di bilik peperiksaan dan sepanjang persiapan ini adalah penentu kejayaan. Jangan sia-siakan setiap minit, kerana setiap saat yang dilaburkan membawa kalian lebih dekat kepada impian dan kejayaan,” katanya.

Terdahulu, kesemua pelajar dipindahkan dari kediaman masing-masing menggunakan sembilan kenderaan operasi melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Sepanjang penempatan di PPS, mereka dipantau oleh lima orang guru yang turut memastikan emosi dan keselamatan mereka terjaga.

-RI

Tinggalkan komen anda