Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Johor Perkukuh Kerjaya Guru Agama Melalui TBBK, Elaun KAFA Dinaikkan 2026

By 28 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Facebook Mohd Fared Mohd Khalid (Johor)

JOHOR BAHRU, 28 Nov (MalaysiaAktif) – Usaha memperkukuh laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Islam Negeri Johor mencapai satu lagi tahap penting apabila kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) yang ditambah baik melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Mohd Fared berharap pengiktirafan ini akan terus menyuntik semangat warga pendidik untuk mendidik dengan penuh hikmah serta membimbing masyarakat ke arah kecemerlangan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata inisiatif itu membuka ruang kemajuan kerjaya yang lebih jelas untuk guru siswazah dan bukan siswazah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Ratusan guru kini mula menikmati kenaikan pangkat menerusi sistem berkenaan, manakala ratusan lagi dijangka menyusul berdasarkan prestasi dan tempoh kelayakan masing-masing.

“Ini merupakan detik bersejarah buat para pendidik agama di Johor kerana ia merupakan pengiktirafan kepada usaha, kesabaran dan amanah yang mereka galas selama ini,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor, di sini semalam.

Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) turut menerima khabar gembira apabila elaun mereka akan dinaikkan kepada RM1,762 sebulan bermula 2026.

Beliau turut memaklumkan bahawa golongan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), yang sebelum ini tidak menikmati skim kenaikan gaji tahunan turut menerima khabar gembira apabila elaun mereka akan dinaikkan kepada RM1,762 sebulan bermula tahun hadapan.

“Langkah itu menjadikan Johor antara negeri yang paling menjaga kebajikan tenaga pengajarnya, termasuk pemberian Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada semua penjawat awam sebagai tanda penghargaan,“ katanya.

Mohd Fared berharap pengiktirafan yang diumumkan itu akan terus menyuntik semangat warga pendidik untuk menjalankan tugas dengan penuh hikmah serta membimbing masyarakat ke arah kecemerlangan.

-RI

Tinggalkan komen anda