Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

MKN Terengganu Perkasa Kesedaran Keselamatan dalam Pelajar Sekolah

By 3 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amiruddin Adli/MKN Terengganu

KUALA TERENGGANU, 3 Dis (MalaysiaAktif) – Usaha memperkukuh budaya peka keselamatan dalam kalangan generasi muda diteruskan apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu melaksanakan Program Kesedaran Keselamatan: Murid Peka, Murid Selamat bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam.

Pelajar turut serta dalam Kuiz Kenegaraan yang penuh elemen patriotisme bagi menyemai semangat cintakan negara.

Program ini bertujuan menanam sikap bertanggungjawab dan kepekaan terhadap ancaman keselamatan sejak di bangku sekolah, seiring komitmen MKN untuk mendekati masyarakat melalui pendekatan pendidikan yang lebih interaktif.

Slot berinformasi yang dikendalikan Penolong Pengarah Keselamatan Negeri (Polis) DSP Mohd Jazlan Sharif memberi pendedahan kepada pelajar tentang risiko semasa serta langkah pencegahan yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian.

“Program ini memberi tumpuan kepada keselamatan diri di luar kawasan sekolah, punca pergaduhan, isu buli serta pengenalan kepada aspek keselamatan siber yang semakin kritikal dalam era digital,” jelasnya ketika ditemu bual oleh Malaysia Aktif, di sini semalam.

Sesi bergambar bersama para pelajar dan MKN Terengganu.

MKN Terengganu turut menegaskan komitmen untuk memperluaskan program pendidikan keselamatan seperti ini demi membentuk komuniti sekolah yang lebih selamat, harmoni dan berdaya tahan.

Inisiatif ini juga dilihat penting bagi menghindarkan budaya tidak sihat dalam dan luar kawasan sekolah serta dalam komuniti setempat.

Slogan ‘Murid Peka, Murid Selamat’ terus menjadi simbol usaha MKN dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berwaspada dan berpengetahuan mengenai ancaman sekeliling.

Pelajar sebagai agen keselamatan masa depan membina sekolah yang lebih selamat, komuniti yang lebih peka dan generasi yang lebih berdaya tahan.

-RI

Tinggalkan komen anda