Skip to main content
Berita TempatanSabah

ESSCOM, Masyarakat Bersatu dalam Korban Perdana

By 16 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Abdul Aziz Ghani (Sabah)
KUNAK, 16 Sept (Malaysiaktif) – Insiden penculikan di Pulau Pom- Pom langsung tidak melemahkan petugas Eastern Sabah Security Commaand (ESSCOM) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) untuk terus memastikan keselamatan di kawsan tersebut.

Menurut Ketua Eksekutif ESSCOM, Noor Alam Khan Wahid Khan ESSCOM akan terus berusaha memastikan kawasan Sabah Timur sentiasa Selamat dari sebarang ancaman terutama dari Selatan Filipina.

Terdahulu, Noor Alam meluahkan rasa terima kasih atas sokongan masyarakat yang hadir di program Korban Perdana di Mini Dewan Kampung Kunak Tiga pada khamis.

Antara masyarakat sekitar yang hadir

Antara penduduk kampung sekitar yang hadir

“Kerjasama penduduk kampung di sini ialah bukti ESSCOM dan masyarakat bersatu serta mempunyai ikatan silaturahim erat dan ini amat baik untuk semua pihak bagi mengambil peranan menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air daripada diceroboh.

Tambahnya, semua nelayan atau sesiapa yang terlibat dengan aktiviti laut di kawasan ini, perlu sentiasa memaklumkan pergerakan mereka bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

“Pemimpin kampung khususnya yang tinggal berhampiran laut perlu melaporkan sebarang aktiviti jenayah dan kehadiran mereka yang tidak dikenali.

Dianggarkan seramai 1000 orang penduduk kampung terlibat menjayakan program tersebut dalam suasana penuh kesyukuran dan berterima kasih atas pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas di kawasan terbabit.

Sempena Hari Raya Aidiladha, ESSCOM menyumbang sebanyak tiga ekor lembu untuk edaran daging korban kepada penduduk di sekitar kampung tersebut.

SF

Tinggalkan komen anda