Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Keprihatinan Bersama: Skuad Sukarelawan Banjir Hulu Terengganu Dilancarkan

By 6 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini Mohamad

HULU TERENGGANU, 6 Dis (MalaysiaAktif) – Skuad Sukarelawan Banjir daerah Hulu Terengganu dilancarkan dengan pembabitan 60 keahlian terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Datuk Rozi Mamat berkata skuad berkenaan membawa matlamat membantu masyarakat yang terjejas setiap kali tibanya Monsun Timur Laut (MTL).

Rozi Mamat menyampaikan ucapan kepada Sukarelawan Skuad Bencana Banjir Kampung Pengkalan Ajal.

“Skuad ini bukan sahaja menjadi barisan hadapan ketika banjir, malah simbol kepada semangat kebersamaan rakyat.

“Skuad ini hadir bukan sekadar memberi tenaga, tetapi membawa harapan. Setiap sukarelawan akan bergotong-royong membantu penduduk kampung dan kawasan sekitar yang terjejas banjir. Tanpa mengira ideologi politik, keprihatinan dan tanggungjawab bersama perlu diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan skuad berkenaan di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil, di sini semalam.

Rozi Mamat menyempurnakan gimik pelancaran.

Penubuhan skuad ini lahir daripada keprihatinan mendalam terhadap penduduk Kampung Pengkalan Ajal dan kawasan sekitar yang sering berdepan situasi banjir saban tahun.

Kehadiran sukarelawan ini diharap dapat mempercepatkan usaha menyelamat, pembersihan dan bantuan komuniti.

Majlis pelancaran turut dihadiri Pengerusi Penyelaras Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil Tengku Mahari Tengku Chik bersama pemimpin serta penduduk setempat yang menyambut baik inisiatif ini sebagai satu langkah proaktif menjelang MTL.

-RI

Tinggalkan komen anda