Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

‘Explorace Bersama MOTAC’ Eratkan Hubungan Strategik Bersama Pengamal Media

By 6 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini Mohamad

KUALA TERENGGANU, 6 Dis (MalaysiaAktif) – Program MOTAC Bersama Media menjadi platform signifikan dalam mengukuhkan jaringan kerjasama antara Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Terengganu dengan pengamal media arus perdana.

Mazshida Ruslal menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan media dalam mempromosikan pelancongan, seni, budaya dan warisan negeri.

Inisiatif ini membuktikan peranan media sebagai rakan strategik amat penting dalam memastikan penyampaian maklumat rasmi kepada masyarakat dapat dilakukan dengan tepat, pantas dan berkesan.

Pengarah Pejabat MOTAC Terengganu Mazshida Ruslal ketika merasmikan program ‘Explorace Bersama MOTAC’ di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, di sini kelmarin menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan media dalam mempromosikan pelancongan, seni, budaya dan warisan negeri.

“Kerjasama media merupakan elemen penting dalam memperluas capaian promosi pelancongan. Ia selaras dengan usaha meningkatkan keterlihatan Terengganu sebagai destinasi pilihan pelancong. Program ini bukan sahaja merapatkan hubungan, malah menjadi medium perkongsian maklumat mengenai potensi baharu dalam industri,” katanya.

Menurutnya, sesi libat urus ini turut memberi ruang kepada media memahami lebih dekat pembangunan semasa industri pelancongan serta strategi kolaboratif antara MOTAC dan rakan media dalam menghadapi Visit Malaysia Year 2026 (VM2026).

“Penyampaian maklumat yang konsisten dan menyeluruh amat diperlukan bagi menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya.

Presiden KAWAT (bertopi) bersama pengamal media turut serta dalam aktiviti ‘Explorace Bersama MOTAC’.

Penganjuran ‘Explorace Bersama MOTAC’ di TER pula bukan sekadar memilih lokasi kondusif untuk aktiviti, malah membawa misi memperkenalkan salah satu produk pelancongan rekreasi yang masih mempunyai ruang besar untuk digilap.

Fasiliti dan tarikan sedia ada di TER diyakini mampu menambah warna kepada destinasi pelancongan Negeri Terengganu.

Turut hadir Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) Ahmad Syafri Husnaini Mohamad dan pengamal media yangmenyertai aktiviti penerokaan (explorace) yang diadakan dalam suasana santai namun penuh semangat kerjasama.

Dengan penganjuran berimpak sebegini, MOTAC Terengganu berharap hubungan erat antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuh, seterusnya membantu melonjakkan promosi Terengganu sebagai destinasi yang kaya dengan budaya, warisan, rekreasi dan pengalaman unik.

-RI

Tinggalkan komen anda