
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Fairul Nizam Roslan Along
ASAHAN, 8 Dis (MalaysiaAktif) – Sebagai usaha meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai fardu kifayah, satu kursus pengurusan jenazah anjuran Persatuan Seni Silat Kota Sendeng memberi pendedahan menyeluruh tentang kaedah sebenar menguruskan jenazah secara teratur dan mengikut syariat.

Ucapan perasmian.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan, kursus bermanfaat ini berlangsung dengan pengisian yang jelas, teratur dan penuh panduan praktikal bagi memberi kefahaman menyeluruh tentang ilmu fardu kifayah ini.
“Seramai 100 peserta hadir daripada Gelanggang Seni Silat Kota Sendeng Melaka serta penduduk setempat yang sama-sama memberikan komitmen sepanjang program.

Sesi bergambar bersama peserta kursus.
“Tahniah kepada pihak penganjur, Persatuan Seni Silat Kota Sendeng, atas usaha murni menganjurkan program ilmu yang amat penting untuk masyarakat,” katanya semasa merasmikan Majlis Penutup Kursus Pengurusan Jenazah 2025 di Masjid Tun Khalil, di sini semalam.
Fairul turut berharap agar ilmu yang dipelajari dapat diamalkan, dimanfaatkan dan menjadi bekalan pahala berpanjangan oleh masyarakat.
-RI





