
Laporan/foto: Khairul Nizam
SEREMBAN 8 Dis (MalaysiaAktif) – Jom Teghojah Negeri Sembilan telah dilancarkan sebagai salah satu acara pemanas semangat menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Maskot Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
“Jom Teghojah menjadi simbol ajakan kepada seluruh rakyat dan pelancong untuk datang merasai pengalaman, adat, warisan, makanan serta destinasi menarik yang menjadikan Negeri Sembilan salah satu negeri paling unik di Malaysia
“Mari kita sama-sama menjayakan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026,” kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, di Padang Majlis Bandaraya Seremban, di sini kelmarin.
-RI





