Skip to main content
Berita TempatanSarawak

300 Peserta Sertai Program Clean Up Pan Borneo Bau–Kuching

By 8 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 8 Dis (MalaysiaAktif) – Hujan tidak menghalang seramai 300 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai Program Clean Up Pan Borneo Bau–Kuching yang dilaksanakan secara gotong-royong bagi memastikan kawasan sepanjang laluan utama daerah ini kekal bersih, indah dan selamat.

Program yang berlangsung semalam dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi itu disertai golongan belia dan mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat.

Henry menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Clean Up Pan Borneo Bau-Kuching.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep berkata program berkenaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada kebersihan persekitaran, malah berjaya memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

“Program ini berjalan lancar hasil komitmen tinggi semua peserta yang menunjukkan semangat sukarelawan serta rasa tanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekitar Pusingan-P dan stesen bas,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Bau Eddy Nayoi, Setiausaha Majlis Daerah Bau Ong Chin Ping serta Pemanca Masyarakat Bidayuh Daerah Bau Robert Tom Juin.

-RJ-

 

 

Tinggalkan komen anda